Saturday, 3 August 2013

Terkena, memang terkena.

Aku tak tau orang lain macam mana. Tapi kalau aku ni memang dah adat kalau nak balik rumah, malam tu memang takkan tidur. Makan maggi, cerita hantu, pergi padang dan apa-apa je aku akan buat asalkan mata masih boleh disengkangkan. 

Dan semalam, aku dah buat Hafiz Lee berjaga sampai ke sahur, ke subuh. Kesian dia dah la balik jauh tu. Tapi dia cakap dia tak kisah pun. Bukan selalu. So, hilanglah rasa bersalah aku dan meriahlah bilik semalam dengan cerita dia. Lee is a great storyteller. Cerita dia pulak semua best sampai Faiz dengan LJ bangun tidur, sebab nak join. Tapi aku just nak share satu cerita je. Kalau aku rekod balik semua cerita daripada lepas witir sampai ke sahur, memang sampai ke sahur jugaklah baru habis taip post ni.

"Oh ye. Aku nak pesan la sikit. Kau orang jangan buat tak senonoh kat masjid."

"Awat?" Faiz terus terkeluar loghat utara dia.

"Interesting. Apa yang unlikely tu?" LJ dengan London bajet dia.

"Sensored ke tak benda yang kau nak cakap ni?" 

"Syad, kau jangan mem'blue' boleh?" 

Aku memang nak siku mulut LJ. Dia yang otak kuning cakap aku pulak.

"Syad, LJ tak payah nak lawan baranlah. Dengar cerita Lee tu." Faiz mencelah.

Aku angkat tangan kat Lee, suruh dia teruskan. Tapi memang aku tengok tajam ah kat LJ. Sampai tertunduk dia. Terkentut sekali pun ada kot, harapnya.

"Ada sekali tu aku pergi terawih. Tiba-tiba semua kecoh bila imam annouced yang para jemaah dilarang keras daripada melakukan maksiat dalam rumah Allah..." Lee siap dengan gaya sekali.

And the rest biarlah aku cerita sendiri.

Lee pergi masjid kat kampung dia. Bila imam announced macam tu, ada satu hamba Allah tiba-tiba lari turun. Dengan telekung mengerbang yang dipartnerkan dengan kain pelekat. Semua jemaah sentap. Atas adalah ruang khas bagi jemaah perempuan. Yang pakai kain telekung tadi, lelaki. Rupa-rupanya dia naik atas untuk...

"Dating dengan awek dia." Lee geleng kepala.

"That man is so licik!" LJ bersuara dengan mata terbulat yang dia ada.

Faiz geleng sambil mengucap panjang.

Aku diam. Sampai macam tu punya manusia? Tapi bila aku ingat balik ada satu cerita dulu, orang berzina dalam masjid maka aku pun tenangkan fikiran balik. Dah kalau hidup tak berteraskan hukum agama memang sampai ke tahap celakalah jawabnya.

Cakap macam dah perfect pulak aku  ni. Lol.

"Memang susah nak jadi baik. Memang senang nak jadi jahat. Tapi setiap benda ada baiknya, ada hikmahnya. Kalau buat baik, dapat syurga, dapat pahala. Buat jahat, korang dapatlah vice versa." 

Lee punya conclusion padu giler. Punya padu sampai aku dengan LJ tiba-tiba bangun, pakai baju dan cakap "Jom sahur, lewat kang nasi sejuk."

Faiz tergelak. Sukalah dia sebab dua orang kena baling tepat kat batang hidung sendiri. Aku dan LJ tak tunggu dah, terus turun sahur.

Kitorang bukan jahat sebab apa, sebab dalam satu batch kitorang je yang tak pergi kelas agama lepas sahur kelmarin. Dan dan dan lepas tu teruk kena perli dengan ustaz pagi tadi. Lol. Kena time morning call memang sangat sadis lagi terhina. Terkerdil diri aku seketika. Fuh.

Sunday, 9 June 2013

Padah. Jangan memasal tak tentu fasal.

Aku hanya pegang title sopan kalau orang menyantun dengan aku je. Kalau kau buat biadap, aku akan biadap balik. Senang, sama rata dan kita serupa.

Macam semalam (masuk time tunnel jap).

Tahu McD? Kenal McFlurry? Berkenan tak kat abang take order dia? K. Over jap.

Disebabkan aku dah dapat lesen tunggang motor, maka secara langsung aku telah memberi peluang kat adik aku untuk memperalatkan aku sesuka hati. Sedap mulut dia je nak arah aku bawak dia pergi sana, pergi sini. Nasiblah kalau nak masuk jamban tak kena naik motor kalau tak aku jugak yang kena bawak dia. Hidup memang sadis k.

"Angah. McD jum. Tibai McFlurry."

Helmet, ada. Kunci motor, ada. Airit Dayana, ada. Motor, ada. Aku, ada. Complete semua. McD dituju dengan kelajuan 90 km/j. Tak kuasa nak bawak laju-laju karang adik aku peluk kuat-kuat tinggal 15 cm je pinggang aku. Huh !!! 


Sampai kat McD. Adik aku dengan rakus menerjah kaunter. Aku? Gaya macam cowboy jalan lenggang tolak pintu dan apa? Pintu tolak aku balik. Hina sangat ke aku? Aku pun renung pintu tu dengan pandangan tak puas hati tahap cilake. Patutlah pun, orang pull. Aku push. Sabar je la Syad. Maka aku pun tarik pintu kaca yang menyebabkan hati aku berkaca.

"Angah nak McFlurry Oreo jugak neh?"

"Haah."

Sedang aku menunggu dan menunggu, aku pun mainlah iPhone kesayangan aku tu. Sangat bahagia sehingga...

"Weh, kau tepi la."

"Kau pehal?" Panas giler hati aku.

"Nak tunjuk taiko ke?"

Bangsat betul. Aku tengok tempat aku berpijak. Tak de pun halang jalan si bangsat depan aku ni. Geram dalam hati dah tak tertahan. Macam nak tarik je usus aku lilit-lilit kat badan dia, biar dia tak boleh gerak. 

"Bisu ke kau ni?"

Eh dia ni? Aku keluarkan hempedu sumbat kat mulut nak?

Time ni, McFlurry aku dah siap. Adik aku dah gelabah tak tentu fasal. Relaks la dik. Tak yah nak gegirl sangat la kat sini walhal kat rumah kau lagi taiko dari aku. Kan? Mamat tadi tu masih tak berganjak. Apa dia ingat dia besar gajah senang je nak lenyek aku yang kecik ni? Aku ni kecik-kecik semut api kot. Kalau gigit gajah pun mau gajah tu menangis tujuh hari tujuh malam. Gajah nangis ke? Gasak!

"Bisu, aku cakap dengan kau ni. Cakaplah!"

"Dah kau panggil aku bisu, kenapa kau nak suruh aku jawab?"

Terdiam dia. Kan dah kena? Aku hirup McFlurry dengan rasa bangga, rasa menang. Aku heret adik aku, ajak dia blah. 

"Giler berani kau, ngah!"

"Bising betul."

Adik aku tarik muka. Bhahaha. Jangan kacaulah abang kau yang sorang ni kalau dia tengah makan, memang sakit hati macam hati tu digelek atas kuali panas. Selamat jalan.

Be mine again, will you?

Sunday, 2 June 2013

Kerana mulut, badan hampir binasa.

Aku membiarkan je angin laut Tebrau melempang muka. Aku tau kulit muka aku suka diperlakukan sebegitu. Dah feel merasa belaian angin, aku pun buat feel la tengok Temasik (sekarang menjadi Singapura) kat tengah-tengah laut tu. Memang anggun kalau waktu malam.

"Kau tengok apa, Syad?"

Ah, persetankan Adam. Maka aku membiarkan angin laut membawa pergi soalan tu. Oh, al-kisah aku boleh bawak hati yang separuh suka separuh lara ke tepi laut ni sebab Adam. Lagak macam diktator je suruh aku keluar jugak jugak dengan dia. Ingat aku hendak ke? Dah la banyak giler nyamuk. Banyak giler orang datang dating yang membuatkan aku semakin sayu dan layu. Pergh. 

"Asal kau macam tengah fruuuuust?!"

Eh eh Adam ni aku cepuk kang. Lantak la aku nak frust ke, kelar tangan ke (memang tak), tidur ke apa ke, suka hati aku la. Tak payah caring sangat la, Dam. Rimas k. Rimas.

"Kau clash dengan awek kau ke?"

Walaupun serkap jarang dia tepat mengena kalau bertanding dapat hadiah utama, soalan dia buatkan aku rasa nak campak dia masuk laut Tebrau yang suhu tengah sedap sedap je tu. Mandian ekslusif bawah bulan kang kau, Dam. 

"Baik kau diam, Dam."

"Cer hal kau kat aku."

"Takkan."

"Syad, kau tak yah pendam ah. Buat berat fikiran je!"

"Masalah kau ke tu?"

Kesian pulak aku kat Adam. Sekali kena tempelak dengan aku. Aku ni payah nak marah so kalau dah kena ayat mengancam nyawa macam tu, automatik sesiapa pun akan diam. Macam Adam, diam nak mati. Terseksa aku balik.

Ditakdirkan tuhan, sorang awek terkinja-kinja melarikan diri secara tak sengaja melintas depan aku dan Adam. Tak de ah terkinja segala. Awek tu just jalan laju je. 

*bunyi mencicit (mulut tikus)

"Adaaam!"

Giler, Adam boleh buat tak senonoh pergi ngurat awek yang nyata tengah kejar pak we dia. Bengang betul aku dengan member sorang tu. Haila.

Malang, awek tu u-turn dengan pak we dia sekali. Mati kataklah aku. Jadi kataklah kau, Adam.

"Lu apa mau?" Terangkat kening aku. Mix Chinese ke mamat ni?

"Tarapapa." That's Adam with his loyaq burok.

"Ada hati nak ngurat awek guwa ye?"

"Tak ngurat pun. Test dia setia sama lu ke tak je bro."

Cilake punya Adam. Sampai macam tu dia tibai pak we kepada awek tadi. 

"Lu..."

Leher baju Adam kena cekak. Saat ini, awek tu mula gusar. Aku? Aku chill je. What you give, you get back la, Adam.

Tapi bukan dia dah kalau sampai penumbuk encik pak we tu nak melayang ke perut kawan aku.

"Fuck! Tangan aku!"

Padan muka. Nasiblah aku sempat tahan penumbuk tu. Sejujurnya, sakit jugak tangan aku, merah jugak kejap. Aku pohon doa agar jari dia tak patah je la. Adam? Selamat terjelupuk atas tanah. Awek dia? Ha, part ni memang aku boleh label laki tu king of romanticism. Sempat lagi cakap,

"Sayang, jangan risau la. Bie okaaay."

Aku terus heret Adam. Niat nak blah dari situ. Aku pandang kiri kanan, hanya dua tiga empat pasang mata yang memandang. *Lega mak aihhhh.

Sunday, 26 May 2013

Malapetaka.

"Syad. Jum jumpa malam ni."

"Erk. Malam ni tak boleh la."

"Kenapa?"

"Ada hal."

"Hal apa?"

"Tak de pun. Malaslah."

"Alah, Syad bukan selalu balik pun."

"Hmm. Ok la."

"Kat square. Pukul 8 k?"

"K."

Leeya called. Aku tak tau kenapa tapi malam tu aku memang rasa malas gila bapak ah nak keluar. Tapi dah kena paksa, keluar je la. Oh, Leeya ni ex aku. Pendek cerita, aku kaple dengan dia sebab tak nak bagi dia asyik kena kacau dan bukan sebab aku yang hendakkan dia pun.

Tapi aku terkejut giler. Yang ada kat square bukan Leeya tapi Hanna. Argh. Memang serius aku terlepas "Babi, why you?" kat dia. Tak lama dulu, dia ada buat hal dengan aku dan sampai sekarang pun aku still angin kat dia.

"Relaks la. Kakak sendiri pun tak nak jumpe?"

"Kak angkat je." aku cebik.

Hanna tarik muka.

"Akak, kau nampak Leeya?" aku sengaja je guna 'akak'.

"Tak. Oh, it's Hanna, no 'akak'.


Bajet minah salleh pulak. Aku memang pusing habis-habisan la cari Leeya. Tak de jugak. Tau la aku yang dorang komplot. Haila, memang aku patut dengar cakap hati aku tadi. Jangan datang.

"Lawa eh mak we kau, Syad?"

Eh, akak Hanna ni dah kenapa?

"Asal kau cakap macam tu?"

"Puji pun nak marah?"

Huh. Aku duduk kat bench yang lagi satu. Tak hendak ah nak duduk satu bench dengan dia. Leeya ni memang tak datang dah aku rasa. It almost 8:30 p.m. dah masa tu.

"Eh, benda apa kat baju kau tu?"

Huh? Aku bangun sambil usha baju sendiri. Tak de pun aku nampak apa-apa. Habuk pun tak de. Tapi mata si Hanna terang sangat kot, dia bangun sambil senyum (patut aku tau tu senyum jahat) lepas tu datang dekat aku. Huish, rasa seram tu still ada sampai sekarang. Dia ketuk baju aku sikit. Salah aku, aku biar je. Tapi sebab lama sangat dia ketuk and aku rasa macam dia bagi isyarat kat seseorang, aku pun tepis tangan dia. Tapi dia terus peluk aku erat-erat sampai seriusly, aku memang tolak dia ah. Sampai terjatuh gak dia. Lepas tu aku pusing belakang. Aku nampak Leeya tengah senyum sambil pegang phone. Babi bhai, dia snap pic Hanna peluk aku.

Aku dah memang bengang sangat. Aku terus balik. About 10 p.m. Fir called aku.

"Wan, bukan main bahagia lagi hang kat sana?"

"Apa ni Fir?"

"Entah. Ada number MMS aku, ada gambar hang... dengan perempuan."

Aku tau dah. "Hugging?"

"Yep."

"Fir... I was framed..."

"Aku tau."

"So?" aku dah rasa lega bila dia jawab macam tu.

"Goodbye. Sleep well." Fir cakap dengan nada happy je.

Dan semalam, memang aku sleep well sampailah pagi tadi, aku dapat 2 mesej.

Hanna - Morn. Syad =*

Fir- Aku rasa ni last time kot aku cayakan hang. For now, apa pun boleh jadi.

Aku reply mesej Fir. 'Apa maksud?'

Fir- Aku bukan kawan hang dah. Aku dah tak caya dgn hang. Kbye.

Terkeluar jugak battery phone aku masa kena campak ke dinding. Is this the very end? Aku pun tak tau. Tahniah la Hanna, kau berjaya jugak akhirnya pisahkan kitorang. Tahniah jugak Leeya, sebab sekarang aku memang tak boleh tengok muka kau lagi dah. Tahniah jugak Fir, sebab... sebab kau dah boleh percayakan aku selama ni. Kalau kau rasa yang ini yang tebaik, kali ni aku setuju. Apapun... 





p/s : Selalunya hal macam ni aku cerita kat Dilias, yang aku dah anggap macam abang aku sendiri. Tapi kali ni, aku dah tak boleh cerita kat dia. Dia dah tak ada. Tak apalah, aku cerita je kat sini. Oh, untuk arwah- Al Fatehah. Moga bahagia di sana.